Sunday, 16 June 2013

MELAYU di BUMI MATARAM




Tak Melayu Hilang Di Dunia

“Jika Roboh Kota Malaka, Papan di Jawa Kami Tegakan” ialah ungkapan Melayu yang menunjukan adanya persebatian, persahabatan dan kekeluargaan antara Jawa dan Melaka, dalam konteks sekarang boleh dikatakan sebagai persebatian Indonesia Malaysia. Banyaknya persamaan antara Indonesia Malaysia bukanlah suatu kebetulan sahaja tapi ada sejarah yang berkait kelindan diantara kedua negara yang terkadang mengalami pasangan surut. Seperti abang dan adik yang terkadang bergaduh dan kemudian baik semula, kerana kita masih satu keluarga, satu bangsa, yakni bangsa Melayu.

Oleh kerana itu saya melihat persamaan bukan perbezaan maka saya beranikan diri saya untuk menulis dalam bahasa Melayu. Matlamat saya harus segera dapat bercakap dan menulis dalam bahasa Melayu Malaysia. Prinsip hidup saya adalah “dimana bumi dipijak disitulah langit dijunjung. Status warga negara saya adalah memang warga Negara Indonesia namun duduk di bumi Malaysia, dan sayapon merasa seperti berada di negeri saya sendiri. Kita mempunyai iras muka yang sama, sama sama Melayu, dan menggunakan bahasa Melayu walau ada sedikit perbezaan. Mungkin sedikit susah saudara saudara di Malaysia memahami ayat ayat dalam tulisan saya ini.

Masa saya menulis tulisan ini saya sudah duduk di Malaysia hampir empat bulan. Ini bukan pertama kali saya berada di Malaysia. Saya sudah ulang alik ke Malaysia sejak 2004. Pada masa saya berada di Indonesia, saya tinggal di kota Yogyakarta, kawasan yang memperoleh keistimewaan kerana memiliki seorang Sultan yang secara politik maupun budaya masih bertahta, seperti halnya Sultan dari suatu negara bagian di Kerajaan Malaysia.  

Sebelum saya bermaustautin di Kuala Lumpur.  Saya pernah bekerja sebagai Pengurus dan penyelidik untuk kajian Melayu. Balai Kajian dan Pengembangan Budaya Melayu (BKPBM) dibina 4 Juli 2003, di Jalan Gambiran No 85 Yogyakarta. Pengarah daripada BKPBM iatu Datuk Seri Citrawangsa Mahyudin Al Mudra, SH, MM. Beliau lahir di Riau dan bermaustaustin di Yogyakarta.  Jiwa dan darah Melayu beliau tak hilang meski berada di bumi Mataram. Beliau membina BKPBM agar orang Melayu tetap terus mencintai dan mewarisi budaya dan tradisi nenek moyang.

Sebagai pegiat dan pecinta budaya, saya sangat teruja mendapati website yang dilancarkan BKPBM yakni www.melayuonline.com ramai diminati oleh generasi muda kita. Ramai orang awam yang mencintai budaya Melayu dari Malaysia singgah ke pejabat BKPBM untuk bertukar matlumat mengenai Melayu di Semenanjung. Ramai pula sokongan dan kunjungan akademisi negara serumpun Melayu, terutama Malaysia, Brunai, Singapura dan Thailand. Email yang masuk banyak memberikan respon positif. Berbagai kerjasama dilakukan dalam berbagai seminar dan majlis seni Melayu. 

Kita berbeza negara tapi kita adalah bangsa Melayu. Kita dapat bersama sama kerana kita memiliki kecintaan yang sama terhadap budaya dan tradisi Melayu. Budayalah yang menyatukan kita Melayu serumpun, meskipun sempadan politik memisahkan kita, Tunjuk Ajar Melayu telah mengajarkan kepada kita untuk menghargai di dalam banyaknya perbezaan, sampai bila bila, jika kita hanya menengok perbezaan maka kita tidak akan pernah dapat duduk bersama untuk mengangkat kembali “Batang Yang Terendam”, mengangkat kembali tamadun Melayu di nusantara ini

Membina Melayu di tanah Jawa bukan hal mudah, apatah lagi BKPBM tidak mendapati dana daripada kerajaan Indonesia. Penerbitan buku Melayu ialah usaha yang dilakukan BKPBM tapi usaha tersebut belum lagi banyak dapat membantu aktiviti akviti penyelidikan BKPBM. Tahun lalu BKPBM telah di ubai suai bilik kerja kaki tangan untuk menjadi bilik bilik yang boleh disewa oleh awam bila mereka bercuti di Jogja. Balai Melayu Museum Hotel (BMMH) mempunyai reka bentuk Melayu Moden, desain setiap bilik di hiasi ukiran Melayu, Songket dari berbagai kawasan ( Minang, Palembang, Riau, Aceh, Medan, Sambas,Trengganu ).

Saat ini saya berada di “jantung” Melayu, ini merupakan kesempatan baik untuk saya mempelajari adat istiadat serta tradisi Melayu di Malaysia. Matlamat BKPBM dibina adalah untuk mempersatukan Budaya Melayu serumpun dan menjauhkan daripada unsur politik. Kita berbagi budaya, berbagi sejarah, dan berbagi kebersamaan ini merupakan benih kemajuan masa yang akan datang bagi budaya Melayu Nusantara yang beragam. Meski saya bukan warga negara Malaysia tapi sebagai bangsa Melayu saya sangat kecewa jika ada pihak mengatakan “Malingsia”, Malaysia mencuri.. sungguh mereka tak paham sejarah, mereka tak paham bahwa kita berbagi kebudayaan, berbagi nenek moyang, dan berbagi salsilah yang sama, yaitu Bangsa Melayu. 

Saya berkata ini bukan kerana saya duduk di Malaysia tetapi saya sungguh sedar bahwa sejak zaman kerajaan dulu sebelum ada Indonesia Malaysia kita hidup berpindah, berkahwin satu sama lain, jika diselidiki darah Melayu di sini pasti ada kaitan dengan Indonesia, demikian pula sebaliknya, semada diakui maupun tak. Dalam pandangan peribadi saya, tak ada masalah jika saudara di Malaysia merawat budaya peninggalan atuk atuk mereka, seperti batik, wayang, alat musik, kain tenun atau songket, keris, karena semua warisan itu adalah milik bersama untuk masa hadapan. 

No comments:

Post a Comment

Bobby, sang pelipur lara telah pergi untuk selamanya...

Bobby in loving memory Jiwa yang baik telah pergi Rabu, 26 Desember 2018. Bobby pergi dalam usia 13 tahun dengan berbagai probl...